9M2AVB
Malaysia Amateur Radio Station
Friday, March 16, 2012
Koleksi QSL & eQSL
Koleksi QSL dan eQSL sepanjang berkecimpung dalam dunia amateur radio hasil dxing di beberapa band seperti 10m,15m dan 20m.Terima kasih kepada semua dx station yang sudi hantar QSL-QSL tersebut.
EA7IQQ with 9M2AVB on 20M
EA71QQ & 9M2AVB on 20M / 7 Mac 2012 18:21UTC 14.235mhz / David, Spain. Many tnx David for the recording
Thursday, March 15, 2012
New Setup
Wajah shack yang sedikit berubah dengan susun atur yang terbaharu dan juga ditambah Mic Preamplifier dari jenama Behringer MIC200 dan juga dynamic microphone dari jenama Audio Technica model ATR1300. Kedua-dua equipment tersebut didapati secara terpakai dengan harga yang berpatutan dari seorang kenalan. Dengan penambahan yang minimun ini dan juga sedikit sentuhan yang telah diberikan kepada MIC200 tersebut, mutu audio yang dihasilkan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan standard mic. Terimakasih pada 9M2ODY dan juga 9M2NZ atas tunjukajar yang diberikan....
Monday, December 26, 2011
Eyeball Qso Bersama 9M2PJU @ Piju
Yaesu FT 817ND + MFJ 945e
2 hari yang lepas, saya menerima kunjungan dari Piju, 9M2PJU sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti selama hampir 2 minggu. Kami sempat eyeball qso di sebuah kedai makan di Paka, Terengganu sambil ditemani oleh Suhaimi, 9W2WSU juga dari Paka. Kami sempat bertukar - tukar pendapat mengenai dunia HF dan pelbagai topik lagi.
Setelah 2 jam berada di kedai tersebut, saya mengajak beliau untuk bertandang ke rumah saya. Di situ beliau sempat mengeoperasikan Portable QRP Station. Dengan hanya 5watt, beliau mendapat contact di local 40m bersama Cikgu Rahman, 9M2AR / Alor Setar , 9M2RB Hj Rusli / Nilai dan 9M8SYA Abg Syed / Kuching. Antenna yang digunakan pada masa itu Dipole Inverted V Setup pada ketinggian 10 kaki dari aras bumi. Signal report yang diterima oleh ketiga-tiga stesen tersebut adalah 5/8. 9M2PJU adalah seorang yang aktif dalam DXing dalam mode CW. Jam 2 pagi, beliau meneruskan perjalanan lagi untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Saturday, December 3, 2011
One Communication Di Kuala Terengganu
Sempena Rainforest Challenge (RFC) 2011 yang diadakan di Terengganu pada tahun ini, One Communication telah mengambil inisiatif membuka gerai jualan peralatan radio amatur di perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu bermula dari 2 - 4 Disember 2011. Pelbagai barang dijual di gerai tersebut seperti pelbagai connector, coax cable , external speaker , antenna, handy dan juga rig serta pelbagai barangan lagi. Sambutan yang diterima menggalakkan samada dari peserta rainforest itu sendiri dan juga rakan - rakan radio amatur dari Terengganu, Kelantan dan Pahang. Penulis juga sempat berkunjung ke gerai jualan tersebut.
Sambil itu, RFC kali ini merupakan edisi yang ke 15 bermula dengan acara prologue special stages di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak. Acara ini terbahagi kepada 10 peringkat halangan yang berlangsung selama 2 hari iaitu dari 3 - 4 Disember 2011. Selepas itu peserta akan meneruskan perjalanan ke Kuala Berang, Hulu Dungun, Bandar Al-Muktafi Bilah Shah, Bukit Besi, Hutan Jengai, Sungai Nipah dan akhirnya tamat di Cherating pada 12 Disember ini. Acara pengembaraan 10 hari ini merupakan acara pemanduan pacuan empat roda yang terpanjang dan paling sukar di dunia.
Wednesday, November 30, 2011
PROJEK ROTARY DIPOLE ANTENNA
Penulis bercadang untuk membuat antenna Rotary Dipole 40M band . Bahan-bahan utama yang perlukan adalah beberapa batang aluminium tube mengikut saiz dan panjang yang tertentu. Aluminium tube tersebut telah disumbangkan oleh 9M2VOT, Pak Rashad. Ada yang baru dan juga ada yang terpakai.Walaupun yang terpakai, tetapi masih elok dan boleh digunakan lagi. Terima kasih banyak - banyak. Ukuran sudah ada cuma masa belum sesuai kerana buat masa ini, penulis agak sibuk dengan kerja-kerja di saltmine. InsyaALLAH apabila keadaan di saltmine sudah kembali reda, penulis akan memulakan langkah pertama.
LAGI QSL CARD + GREEN STAMP
Masa balik lunch tadi, penulis menerima sekeping lagi QSL card yang mengandungi Green Stamp (GS).Terima kasih kepada VK7WH, Winston dari Tasmania, Australia atas QSL card tersebut. QSL card ini hasil rubber stamp QSO dengan beliau pada 18 November 2011 di 28.520 MHz. Ini merupakan kali kedua penulis mendapat GS. Kali pertama penulis dapat GS juga dari VK Land dan juga di band yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)