Saturday, November 12, 2011

Cw oh CW

Bertukar - tukar pendapat dengan 9M2AR semasa Ujian CW Siri II yang lepas di SKMM, Cyberjaya

Suatu  awal pagi saya menerima panggilan dari  Iqbal, 9M2BAL yang menyuruh saya supaya membuka blog Cikgu Rahman, 9M2AR. Katanya ada post yang baru. Saya memang suka baca tulisan di blog Cikgu pasal terdapat macam - macam maklumat berguna yang terkandung di dalamnya. Tanpa berlenggah lagi, saya terus on laptop dan terus buka blog tersebut. Alangkah terkejutnya apabila membaca artikel yang bertajuk " Impessive CW" . Setelah habis dibaca, saya terasa amat terharu dengan tulisan Cikgu. Semoga dengan tulisan itu dapat memberi saya semangat serta dorongan untuk saya terus maju ke depan di dalam CW. Cita-cita untuk mendapat award 18WPM work with 9M2AR, InsyaAllah.

New Apparatus Assignment

Alhamdullilah ticket kelas A sudah dapat pada 4 November 2011 yang lepas. So boleh lah bekerja di mana-mana band.