Sunday, November 27, 2011

Lawatan ke 9M4CCM

Penulis mengambil kesempatan bekerja di 40m band

Kenwood TS 430s

Cuti hujung minggu disusuli cuti Maal Hijrah diambil kesempatan oleh penulis untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu. Penulis sempat berkunjung ke Club House Pemancar Terengganu (9M4CCM) .Kehadiran penulis telah disambut oleh 9M2BAL yang kebetulan turut berada disitu. Penulis sempat berada di 7.140MHz bersama 9M2ODY di Johor Baru dengan menggunakan  setup di situ iaitu Kenwood TS 430s dan Dipole Inverted V setup. Walaupun radio tersebut agak berusia, tetapi masih mampu lagi memberi prestasi yang baik. Di waktu yang sama, kelas persediaan RAE juga turut diadakan di ClubHouse tersebut bagi calon-calon yang akan mendudukinya pada 15 Disember ini. Tenaga pengajar terdiri dari 9M2VOT dan juga 9M2MSL.