Sunday, November 13, 2011

Lawatan 9M2VOT & 9M2BAL

Pada tanggal 11.11.2011 yang lepas, saya telah menerima kunjungan dari Pak Rashad, 9M2VOT (Voice Of Terengganu) dan juga Iqbal, 9M2BAL. Kunjungan mereka yang julung kali ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat tentang dunia radio amatur dan juga perbincangan untuk mengadakan acara Field Day pada hujung tahun ini di Paka. Sempat juga mereka berada di shack saya yang tak seberapa untuk aktiviti DXing.Terima kasih tak terhingga kepada mereka di atas kesudian menjenguk saya dimana mereka ini juga adalah guru kepada saya semasa pembelajaran CW saya suatu masa dahulu.

 9M2VOT 

 9M2BAL, DXing

Bersama 9W2WSU, Wan Suhaimi