Tuesday, November 22, 2011

Eyeball Qso Bersama 9M2RDX



Semalam sempat Eyeball Qso di Paka bersama 9M2RDX yang dalam perjalanan pulang ke Temerloh . Beliau telah berada selama 3 hari di Kuala Terengganu bagi menghadiri 12th Malaysian Jamboree , Terengganu International Scout Jamboree 2011 yang berlangsung dari 18 hingga 25 Nov 2011 di Kg.Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Di eyeball tersebut, kami sempat bertukar-tukar fikiran dan pendapat berkenaan dunia radio amatur di samping menimba pengalaman dari beliau tentang dunia HF. Sebelum bertolak pulang, beliau sempat memberi sekeping QSL Card sebagai tanda kenang-kenangan. Terimaksih kepada beliau kerana sudi meluangkan sedikit masa singgah di Paka.