Monday, December 26, 2011

Eyeball Qso Bersama 9M2PJU @ Piju

Yaesu FT 817ND + MFJ 945e

2 hari yang lepas, saya menerima kunjungan dari Piju, 9M2PJU sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti selama hampir 2 minggu. Kami sempat eyeball qso di sebuah kedai makan di Paka, Terengganu sambil ditemani oleh Suhaimi, 9W2WSU juga dari Paka. Kami sempat bertukar - tukar pendapat mengenai dunia HF dan pelbagai topik lagi.

Setelah 2 jam berada di kedai tersebut, saya mengajak beliau untuk bertandang ke rumah saya. Di situ beliau sempat mengeoperasikan Portable QRP Station. Dengan hanya 5watt, beliau mendapat contact di local 40m bersama Cikgu Rahman, 9M2AR / Alor Setar , 9M2RB Hj Rusli / Nilai dan 9M8SYA Abg Syed / Kuching. Antenna yang digunakan pada masa itu Dipole Inverted V Setup pada ketinggian 10 kaki dari aras bumi. Signal report yang diterima oleh ketiga-tiga stesen tersebut adalah 5/8. 9M2PJU adalah seorang yang aktif dalam DXing dalam mode CW. Jam 2 pagi, beliau meneruskan perjalanan lagi untuk pulang ke Kuala Lumpur.





No comments:

Post a Comment