Saturday, December 3, 2011

One Communication Di Kuala Terengganu




Sempena Rainforest Challenge (RFC) 2011 yang diadakan di  Terengganu pada tahun ini, One Communication telah mengambil inisiatif membuka gerai jualan peralatan radio amatur di perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu bermula dari 2 - 4 Disember 2011. Pelbagai barang  dijual di gerai tersebut seperti pelbagai connector, coax cable , external speaker , antenna, handy dan juga rig serta pelbagai barangan lagi. Sambutan yang diterima menggalakkan samada dari peserta rainforest itu sendiri dan juga rakan - rakan radio amatur dari Terengganu, Kelantan dan Pahang. Penulis juga sempat berkunjung ke gerai jualan tersebut.

Sambil itu,  RFC kali ini merupakan edisi yang ke 15 bermula dengan acara prologue special stages di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak. Acara ini terbahagi kepada 10 peringkat halangan yang berlangsung selama 2 hari iaitu dari 3 - 4 Disember 2011. Selepas itu peserta akan meneruskan perjalanan ke Kuala Berang, Hulu Dungun, Bandar Al-Muktafi Bilah Shah, Bukit Besi, Hutan Jengai, Sungai Nipah dan akhirnya tamat di Cherating pada 12 Disember ini. Acara pengembaraan 10 hari ini merupakan acara pemanduan pacuan empat roda yang terpanjang dan paling sukar di dunia.

No comments:

Post a Comment